hmn's FotoPage -  - Fotopages.com
Pertandingan Bunga Api@Putrajaya
<description>Gambar-gambar diambil di sekitar Putrajaya semasa pertandingan bunga api. Malaysia juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Selain dari tu gambar di Pasar Tani berdepan dengan MOF. Pasar Tani diadakan setiap hari Jumaat dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pelanggan tetapnya seperti biasa ... orang yang kerja gomen...hehehe
Mistikus Cinta
<description>Ketika pertama kali
Jiwamu ingin selalu dekat 
Dengan jiwaku yang belum bisa 
Menterjemahkan segala 
Arti pertemuan ini
Arti cumbu rayu ini
Yang mungkin bisa memusnahkan
Kenyataan hidup yang terjadi
Ketika jiwamu
Merasuk ke dalam 
Aliran darahku dan meracuniku
Ketika jiwamu, memeluk hatiku
Dan biarkan jiwaku cumbui jiwamu
Ketika kamu, aku
Melebur menjadi satu
Dan hanya waktu yang mungkin bisa
Memahami apa yang terjadi
Apa yang sedang kurasa
Apa yang sedang kau rasa
Adalah cinta yang tak bisa 
Dijelaskan dengan kata-kata 
PROTON-Journey to Technology
<description>Aku bukanlah peminat kereta, tapi sepanjang hidup aku dah 4 kilang kereta aku lawati iaitu kilang Honda di Saitama, Hyundai di Beijing, Toyota di Tianjin dan yang terbaru kilang Proton di Shah Alam. Bagi aku yang paling seronok ialah kilang PROTON sebab hanya di sini aku dapat mengambil gambar di dalam kilang.
Aku pergi dengan Siti dan Shima (PP Siti), dan lawatan ini adalah sempena dengan minggu teknologi Proton yang mana buat pertama kalinya kilang Proton dibuka untuk semua. Kami ke production line membuat BLM, model PROTON yang terbaru. Aku difahamkan pengeluaran sehari di sini adalah sebanyak 300 buah kereta. Semua kereta akan diuji sebelum dikeluarkan dari kilang (sebelum ni aku ingat buat random sampling).
Pada pengamatan aku cara pekerja kilang PROTON bekerja berbeza dengan pekerja kilang yang aku dah lawati sebelum ni (tak adil ke untuk aku membandingkannya?), namun begitu tak perlulah aku sebutkan di sini. Mungkin konsentrasi mereka terganggu akibat ramai pengunjung yang berkunjung.
Apa pun, 2 buah kereta PROTON yang pernah aku miliki tak pernah menghadapi sebarang masalah (untuk tempoh setiap satunya tak sampai 5 tahun). Menurut Siti, kereta PROTON akan menghadapi kos penyenggaraan yang tinggi selepas 5 tahun..Wallahu a'lam..
Apa pun, aku rasa di hati kecil semua rakyat Malaysia, PROTON tetap menjadi kebanggaan, termasuk aku...
Selamat Hari Lahir Khairul Aidah
<description>Selamat Hari Lahir...semoga ilmu, iman dan taqwa juga meningkat selaras dengan pertambahan usia
Semoga dirimu sentiasa di limpahan rahmat dan keberkatan dalam mengharungi hidup ini..Amin..dan terima kasih kerana menjadi sahabat yang memahami.....
Fuyu No Uta
<description>Konna tooi machi ni mo
Yume wo ataete kureru
Shiroi konayuki ga futte
Kokoro ni todoku yo winter song
Futo iki wo kakeru dake de
Kiesou ni yureru akari
Sora ni kagayaku hoshitachi yori mo
Takumashiku ikiteru
Donna ni hanarete itemo
Anata ga soba ni ite kureru
Onaji yoru demo shinjiru koto de
Yasashii kaze ga fuiteru
Hiroi sora ni mukatte
Ryoute takaku hiroge
Shiroi konayuki ga yasashiku
Kokoro ni todoku yo winter song
Wasure kakete ita yume wo
Kokoro no naka ni egaita
Anata no koe ga kikitakute
Hitomi wo tojite miru
Kasuka ni kikoete kuru yo
Gin sekai no oorugooru
Matsuge ni tomatta hitotsubu no
Onpu ga hibiite iru
Konna tooi machi ni mo
Yume wo ataete kureru
Shiroi konayuki ga futte
Kokoro ni todoku yo winter song
Hiroi sora ni mukatte
Ryoute takaku hiroge
Shiroi konayuki ga yasashiku
Kokoro ni todoku yo winter song
Konna tooi machi ni mo
Yume wo ataete kureru
Shiroi konayuki ga futte
Kokoro ni todoku yo winter song
Hiroi sora ni mukatte
Ryoute takaku hiroge
Shiroi konayuki ga yasashiku
Kokoro ni todoku yo winter song
Konna tooi machi ni mo
Yume wo ataete kureru
Shiroi konayuki ga futte
Anata ni todokete winter song
Hari terakhir Maki san di Malaysia-A Famosa dan Taman Buaya
<description>Hari terakhir Maki san di Malaysia, aku bawa dia ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Kali ini Aidah  tak dapat ikut sebab terpaksa bertugas (saya yang menurut perintah). Kami bertolak pukul 9 pagi, sampai Melaka dalam pukul 11 dan terus ke A Famosa yang cuma tinggal pintu masuknya sahaja. Aku pernah sampai sini tapi rasanya ada la dlm 10 tahun sudah..
Tapi ada juga tempat menarik yang aku lawati macam Muzium kesultanan Melaka. Tapi bila aku tanya Maki san sama ada beliau pernah dengar mengenai Kesultanan Melaka sebelum ni, beliau mengatakan itu adalah pertama kali bagi dia. Beliau juga tidak tahu yang Jepun pernah menakluki Malaya suatu masa dahulu dengan zalim sebab sejarah sebegitu tidak pernah diajar di sekolah mahupun Universiti. Soalan kepada aku adakah rakyat Malaysia masih membenci mereka. Agak susah untuk aku jawab tapi aku dengan ikhlas menyatakan mungkin ramai yang masih berperasaan begitu tetapi dengan dasar Pandang Ke Timur yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan dan apabila pelajar-pelajar Malaysia di hantar ke sana (termasuk aku) dan bila mana pelajar-pelajar ini dapat menilai sendiri sahsiah diri orang-orang Jepun sekarang, maka perasaan dendam dan marah terhadap orang-orang Jepun sudah semakin menghilang. Malah terus terang aku katakan yang aku mengagumi kemajuan yang telah dicapai oleh negara Jepun walaupun kekalahannya dalam Perang Dunia Ke-2 telah menghancurkan hampir seluruh bumi Jepun pada ketika itu.
Dalam perjalanan balik, kami singgah di Taman Buaya Ayer Keroh. Malang juga sebab taman tersebut sebenarnya dalam proses menaik taraf. Tapi apa pun buaya tetap banyak di situ 
KLCC dan Sungai Congkak
<description>Pagi Ahad, Aidah membawa Maki san ke KLCC untuk mengambil tiket ke Jambatan Twin Tower sedangkan aku terpaksa menghadiri kursus mingguan yang telah aku ikuti selama beberapa bulan ni. Walau pun sedari pagi dah menunggu untuk mengambil tiket, namun kami hanya dapat naik ke jambatan tersebut pada pukul 2 petang, selepas pekena Laksa Shack kat KLCC. 10 minit sahaja berada di atas dan kami meneruskan program kami dengan menuju ke Sungai Congkak, pertama kali untuk aku sampai ke situ. Tak sangka, seronok betul kat situ sebab tak terasa macam berada di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor. Maki san pun enjoy dengan trip ke sungai congkak ni... Pas ke sungai congkak, kami singgah pula kat satu kolam air panas kat situ. Airnya memang panas tapi ramai orang mandi dan merendam kaki di situ, mungkin untuk tujuan perubatan. ..
Cameron Highland- Taman Rama-rama
<description>Esoknya selepas sarapan kami ke taman rama-rama, tapi sebenarnya bukan rama-rama yang menjadi tarikan kami tetapi serangga-serangga berbisa macam lipan, dan juga ular yang lebih menarik terutamanya untuk Maki san. Selain dari itu kami juga melawat ladang bunga rose. Kami sempat juga singgah ke air terjun lata kinjang dalam perjalanan turun dari Cameron Highland melalui Tapah dan beli cempedak goreng kat situ. Nyesal rasanya sebab hanya dapat makan dua ketul cempedak goreng sorang. Dah rezeki banyak tu je. Sedap sesangat aku rasa cempedak goreng sama ada memang sedap atau sebab aku ni dah hampir 3 tahun tak makan cempedak goreng..nyum..nyum..pas pada tu dah tak jumpa cempedak goreng lagi kat mana-mana tempat yang kami pergi...frustttt
Seronok ke Cameran Highland dan ini yang kedua kali untuk aku sedangkan untuk Aidah tak tau la kali yang ke berapa. Expert betul dia kat atas Cameron Highland seumpama  kampung dia pula. Nasib baik juga bawa Getz, kalau bawa kereta aku mahu cuak juga aku bila berselisih kenderaan kat laluan lereng bukit ladang teh tu. Arigatou Aidah san for everything....
Kami balik dengan mengikuti highway dari Tapah ke Tanjung Malim dan melalui Jalan Persekutuan menyusuri Hulu Yam dan Batu Caves. Sementelah melalui jalan tersebut, kami singgah di Batu Caves sebab Maki san ada menyatakan yang beliau ingin melawat Batu Caves. Aku dan Aidah hanya duduk dalam kereta sebab malas nak keluar dengan adanya patung yang besar kat situ. Balik ke rumah aku dan Maki san sempat lagi mandi di kolam renang dan kagum aku dengan kebolehan beliau berenang dengan gaya butterfly stroke..sugoiii ne..
Pasar Malam di Cameron Highland
<description>Sebelah malamnya, kami berjalan-jalan di pasar malam berdekatan. Gambar-gambar ini di ambil oleh Maki san </description>
Maki san @ Malaysia- Cameron Highland
<description>Tamatlah cerita kisah-kisah aku kat Jepun, entah bila akan ke sana lagi .....aku pun tak tau...
Macam yang aku cerita dalam entry furanto, Maki san telah bertolak dari Jepun untuk melancong selama 4 bulan. Destinasi akhir Maki san sebelum bertolak dari Bangkok ke Jepun ialah Malaysia...Pada aku Maki san ialah antara furonto yang tercun di TIC...kalau sesiapa yang dah terlupa  Maki san ni...
Aku dan Aidah telah menjemput Maki san di airport dan beliau tinggal di rumah aku selama 4 hari 3 malam. Hari pertama, kami telah membawa Maki san ke Cameron Highland. Kami berjalan ke ladang teh Boh, terstranded kat situ selama beberapa jam  sebab hujan sampai lah aku pinjam payung sorang makcik tu sebelum Aidah turun ke tempat letak kereta untuk mengambil kereta...dan terus check in di hotel.