Want your
own Fotopage?






 
hmn's FotoPage

By: hmn hmn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 18-Mar-2008 08:26 Email | Share | | Bookmark
Akhirnya siap juga

 
 
 
 
 
 
Setelah setahun dalam pembinaan, akhirnya siap juga rumah yang dibina berhadapan dengan TIC, walaupun masih belum boleh diduduki. Seingat aku pembinaan rumah ini bermula selepas Aidah balik, namun selepas Jie balik pada Disember tahun lalu dan selepas Din balik pun nampaknya masih belum siap sepenuhnya. Aku ada tanya juga pada org Jepun di sini, adakah rumah2 di Jepun ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Jawapan yang aku terima memang seperti yang aku jangkakan. Rumah yang mempunyai daya tahan gempa bumi (earthquake proof) memang mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Sabar je lah tuan punya rumah ni tunggu rumahnya siap..

hello hmn
hehehe dulu ader jmp ms kt Okinawa thn 2006 kan kite bjln sama dgn kak shidah JPA tu...smpi mlm jalan ingat tak?
Tue 17-Jun-2008 08:55
Posted by:lilly
terbelek pulak fotopages u ni...nmpk la muka colleague sy Suzalina ni, so cmana dh hbis bljr ke? All the Best and keep in touch! Tue 17-Jun-2008 08:58
Posted by:lilly
hai Lilly..
ingat lagi masa kat Okinawa tu...heheh
kat mana skrg?
dah abis blaja skrg, keje kat tempat lama..


Wed 18-Jun-2008 00:23
Posted by:hmn
View all 18 comments Add comment


Saturday, 9-Feb-2008 10:30 Email | Share | | Bookmark
Hokkaido-makan-makan

makan kat pasar
 
 
 
1K yen
 
Aku makan sushi setiap hari dan benarlah kata2 org Jepun yang lain bahawa sushi di utara Jepun memang sedap. Ini disebabkan ikan yang hidup di laut sejuk mempunyai isi yang lebih manis dan lemak. Aku makan sushi dua kali, makan ketam, scallop, potato, soft aiskrim, yogurt, chocolate dan susu. Sememangnya Hokkaido terkenal dengan keluaran tenusu dan makanan laut dan aku tak melepaskan peluang untuk menikmati makanan ini di Sapporo

u are really enjoying urself, ye.. Sat 9-Feb-2008 15:06
Posted by:normakassim
Sushi tu, ada tak sesedap mcm kat Odakyu... Sun 10-Feb-2008 06:01
Posted by:Aidah
Normakassim,
Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan..
Aidah,
Sedap kat Sapporo lagi...
Sun 10-Feb-2008 09:14
Posted by:hmn  - [Link]
Add comment


Saturday, 9-Feb-2008 10:07 Email | Share | | Bookmark
Hokkaido-satu pagi di sebuah pasar

 
 
 
View all 16 photos...
Pada pagi hari ketiga aku telah pergi ke sebuah pasar berdekatan Sapporo yang aku lupa namanya..hehhe. Kalau di Tsukuji banyak terdapat ikan tuna yang dilelong tetapi di pasar ini menjual pelbagai jenis ketam, udang dan juga scallop. Harga pula menjangkau berbelas-belas ribu. Aku makan sushi di sebuah restaurant di sini, memang fresh. Teringat masa makan sashimi di Pasar Tsukiji satu ketika dulu…

Neng.. udah sampai Malaysia tidak rindu pada jepang... bila jalan sorang2.. bakal bikin rekod dong... rakyat malaysia pertama jalan sorang di jepang dong!.. aduh.. bisa ribut!!! Sun 1-Jun-2008 13:47
Posted by:unnamed
Neng...kapan sampei ke Hokaiddo.. banyak uang dong!! mana mungkin kirim uang pada famili ...
Bisa jadi ribut lo...
Sun 1-Jun-2008 13:54
Posted by:unnamed
cantik kasut mana kau beli........aku rasa dlm 10000 yen kot Fri 13-Jun-2008 05:36
Posted by:jie
View all 4 comments Add comment


Saturday, 9-Feb-2008 09:42 Email | Share | | Bookmark
Hokkaido - Snow Sculpture contest

 
 
Tempat Pertama -Thailand
View all 12 photos...
Pertandingan ini diadakan setiap tahun dan tahun lepas Malaysia berada di tempat kelima. Tahun ni Malaysia tidak mendapat sebarang tempat, tak pe cuba lagi tahun depan. Pengukir pengukir dr Malaysia tadalah chef-chef hotel terkemuka di Malaysia.Untuk maklumat lanjut, boleh lawat laman web ni http://www.snowfes.com/english/contest/index.html

Lor..gamba org kalabit rupa nye...my frist impression, ingat kan org tua jepun mane yg dorg duk ukir..pasal tak nampak sgt ciri2 unik Malaysia..tak pa, next year cuba lagi...Malaysia Boleehh!! Sun 10-Feb-2008 05:41
Posted by:Aidah
Aku pun tak perasan mulanya. Aku rasa kena ada ciri2 unik sesuatu negara tu contohnya Thailand dengan ukiran gajah Explaination yang dibuat tentang ukiran gajah pun ada value yang unik mengenai Thailand. Tapi aku tetap salute usaha depa ni, buat ukiran dalam kesejukan (suhu minus 3) selama hampir 4 hari....Cuma tahun depan harap ada rezeki buat Malaysia. Sun 10-Feb-2008 09:09
Posted by:hmn  - [Link]
Neng.. sajlu itu bukan dingin dong..uang pasti habis..akibat melancong dong.. kapan kirimkan uang pada famili..
Bisa jadi kejutan!!!!!
Sun 1-Jun-2008 13:50
Posted by:unnamed
Add comment


Saturday, 9-Feb-2008 08:49 Email | Share | | Bookmark
Hokkaido-yuki Matsuri

 
 
 
View all 37 photos...
Sapporo terkenal dengan acara tahunan yang dipanggil yuki matsuri. Di sini terdapat ukiran2 berupa objek yang diperbuat daripada bongkah ais atau pun salji. Aku difahamkan pihak tentera yang membuat ukiran2 ini. Banyak sangat gambar yang aku ambil sampai rasa malas nak upload kat fotopages ni. Berbaloi juga aku beli tripod sebab dapat juga la aku bergambar di depan ukiran2 ni, kalau tak jenuh la nak minta org ambilkan gambar aku..

Oooo..pakai tripod rupa nye...jenuh gak tu ye, nak meng adjust gamba.. Sun 10-Feb-2008 05:58
Posted by:Kak Esah
Dah la sejuk..memang jenuh juga, tapi berbaloi kan?? Sun 10-Feb-2008 09:03
Posted by:hmn  - [Link]
Neng... salju itu dingin dong....bisa capek...nanti tidak bisa kayuh basikal ... Sun 1-Jun-2008 13:59
Posted by:unnamed
Add comment


Saturday, 9-Feb-2008 08:28 Email | Share | | Bookmark
Hokkaido- Asahiyama Zoo

ramainya
org beratur
nak tgk penguin lalu
View all 20 photos...
Hari kedua aku melawat Asahiyama Zoo di Asahikawa, salah sebuah zoo yang terkenal di Jepun. Kalau polar bear, penguin dan sea gull aku rasa biasa tinggal di tempat bersalji, tapi aku cukup pelik bila aku nampak harimau dan singa pun ada di zoo ni. Maknanya harimau dan singa boleh hidup di tempat sejuk. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam dan di dalam bas bila tour guide memberikan penerangannya, aku cuma faham bila masa bas akan berhenti berehat, pukul berapa perlu naik semula ke bas dan bila akan bertolak pulang. Aku seorang sahaja bangsa asing di dalam bas tersebut, dan seperti biasa orang-orang Jepun memang menepati masa kerana tidak pernah ada yang terlewat setiap kali sampai masa yang diperuntukkan. Berbeza dengan lawatan JICA yang aku ikuti sebelumnya di mana mesti ada seorang peserta yang akan terlewat setiap kali menaiki bas semula setelah tamat sesuatu sesi lawatan.

Polar bear kat sini aktif betul, mcm tak senang duduk pun ada. kejap masuk air, kejap keluar. Boleh berenang rupanya beruang ni. Aku rasa kat Ueno zoo tu dia kepanasan kut, tu yang asyik tido je. Sun 10-Feb-2008 09:01
Posted by:hmn  - [Link]
kalau pi masa winter...tgh hibernasi la kot..heheh Wed 13-Feb-2008 08:48
Posted by:nash nzainal@hotmail.com  - [Link]
Neng... berapa juta bawa pulang uang jepang.. bila bikin banglo di gopeng dong.. Sun 1-Jun-2008 14:01
Posted by:unnamed
View all 4 comments Add comment


Saturday, 9-Feb-2008 08:14 Email | Share | | Bookmark
Hokkaido

New Chitose Airport
 
 
View all 12 photos...
Macam mimpi jadi kenyataan bila aku dapat menjejakkan kaki ke Hokkaido….salah satu impian aku sebelum pulang ke Malaysia.
Aku ke Hokkaido seorang diri, tapi Alhamdulillah aku berjaya sampai ke Hokkaido, melihat apa yang aku nak lihat iaitu yuki matsuri (snow festival), Asahiyama Zoo dan pulang ke TIC setelah berada selama 4 hari. Gambar2 di ambil di sekitar hotel tempat aku menginap…iaitu pada hari pertama aku di Sapporo. Suhu di Sapporo -2, salji turun setiap hari tapi saljinya lembut dan ringan, berbeza dengan salji yang turun di Tokyo yang banyak mengandung air. Ramai orang di sekitar Sapporo, yang terdiri juga bangsa asing untuk melihat festival yang setiap tahun diadakan di Sapporo. Gambar2 di ambil di Chitose Airport dan kawasan berdekatan dengan hotel tempat aku menginap iaitu Nakajima Koen dan Susukino

Jauh perjalanan, luas pemandangan..hehehe. Sun 10-Feb-2008 05:45
Posted by:Aidah
Khalil,
Wish came true..
Aidah,
Mudah-mudahan..pas ni cuti-cuti Malaysia lak ye..
Sun 10-Feb-2008 08:58
Posted by:hmn  - [Link]
Neng.. kapan berpacaran... semoga ada dipanjang...jgn lupa jemput saya ya.. jgn sampei lupa..
saya mahu nonton neng.. berdua..
Sun 1-Jun-2008 14:04
Posted by:unnamed
View all 4 comments Add comment


Saturday, 9-Feb-2008 04:12 Email | Share | | Bookmark
Salji versi DSLR

 
 
 
View all 16 photos...


orang yang tengah tak de kerja...hehehe




... Sun 10-Feb-2008 08:55
Posted by:hmn  - [Link]
Alaa.. ko amik gambor motor tu laa... sedey aku..
aku nak motor camtur arr... iskh.. iskh..
Mon 11-Feb-2008 04:52
Posted by:Sonsuke Badron Nakamura
Bad,
Jangan la sedih, gambar tu khas untuk ko tu...
Wed 13-Feb-2008 02:24
Posted by:hmn  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 8-Feb-2008 14:34 Email | Share | | Bookmark
Sekolah waktu malam

 
 
 
View all 14 photos...
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menuntut ilmu. Aku ambil gambar-gambar ni di sekitar kawasan sekolah pada waktu malam. Jarang nampak kawasan sekolah aku lengang macam ni…

Apsal sekolah lengang? dah cuti sem ke depa suma nih... Sat 9-Feb-2008 07:06
Posted by:Aidah
Masa aku ambil gambar tu baru pukul 7 malam. Sekolah dah hampir mengakhiri cuti semester masa tu, mungkin banyak kelas dah habis tu yang tak ramai org tu Sun 10-Feb-2008 08:20
Posted by:hmn  - [Link]
Neng ni study di jepang .. subjek apa ya... bisa jadi org besar ya..di malaysia.. jgn lupa saya ya..
nanti uwang dari jepang boleh buat masjid di kampung neng.. di gopeng...
Sun 1-Jun-2008 14:06
Posted by:unnamed
Add comment


Friday, 8-Feb-2008 14:26 Email | Share | | Bookmark
Sehari Selepas Salji...

 
 
 
View all 12 photos...
Aku ambil gambar2 ni pada keesokan harinya selepas salji turun seharian. Rupanya turunnya salji menyukarkan perjalanan untuk ke stesen Hatagaya dan kerja2 pembersihan salji terpaksa dilakukan bagi memudahkan laluan pejalan kaki dan kenderaan.

Payah jugak nak kuar, bile salji dah turun ek..ingat kan senang.. Sat 9-Feb-2008 07:05
Posted by:Aidah
Masa turun tu memang la best, cantik je. Tapi bila dah abis tu memang payah le nak jalan sebab jalan basah dan kekadang tu licin.. Sun 10-Feb-2008 08:18
Posted by:hmn  - [Link]
Neng .. basikalnya mana ya.. kapan ke sekolah nanti jadi ribut.....
bawa pulang basikalnya..
Sun 1-Jun-2008 14:08
Posted by:unnamed
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.